MINGGU
DESTINASI SISWA
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t telah memberi peluang kepada ayu untuk
melanjutkan pelajaran ke UITM PERMATANG PAUH ,PULAU PINANG.
Ayu
dapat sambung belajar dalam bidang perkhidmatan makanan yang terdapat dalam fakulti hotel dan
pelancongan.
Hari
ni nak story sikit aktiviti sepanjang minggu destinasi siswa atau senang cerita orientasi la kan,
Hari
tu kena daftar dari pukul 8.30-.30 petang .Ayu plan memang nak pi pkul 10 sebab
dalam hati dok plan nak dapat kolej yang macam rumah. So takyah la susah payah
nak keluaq bilik nak pi tandas dan sebagainya.Tapi biasala mama excited nak pi
daftar so kita orang keluaq pukul 9 cam tu lahh.
Nak
dekat sampai tuhhh tiba tiba jalan
pon jem gilaa .Ramai gila kereta sampai
perjalanan memang macam tak gerak.Usya kereta sebelah po semua penuh barang nak
daftar.Tahu dah memang bakal mahasiswa
uitm jugak la nihh.
Jem punya jem tengok2
memang sampai pukul 10 lah sampai.Sampai2 kita orang kena daftar kolej dulu
.Semua kena buat sendiri .Parents memang takleh naik masa tu.Okay terdetik
dalam hati aku kena berdikari mulai hari nih.Tak boleh harapkan orang lain.
Yeahh aku dapat blok
Kristal.Rumah dua bilik.BEtapa seronok tak terkata hahah.lepas tu gi keluar
makan sebelum balik kolej sebelum pukul 3.
MDS start pukul 3 di dewan besar uitm.Serious memang best .Kena
pakai tudung bawal putih dan lima pin ke bawah. Ini uitm pp la .Ada jugak
tengok setengah uitm yang boleh pakai warna apapun.Nak jadi cerita aku masa kak
pm beri list tudung pin 5 ke bawah tu aq baca sekali lalu.So memang tak perasan
lah perkattan PUTIH TU.Huwaaa.aku pi beli warna hitam masa keluar
makan.hasilnya lima hari mds lima hari lah aku pakai bawal putih dan baunya ya
amat ,masam lah peluh tu.
So hari first tu kita
takda apa aktiviti sangat .Just ada sesi perkenalan dengan para pemimpin
mahasiswa atau senang kata PM.Okay bukan perdana mentri okayhhh.Tapi malam tuh
memang tidor lambat lah.ini fakta Mds okayh.Tak adanya pmds sekalian nak bagi
korang tidur awal.Malam sebelum depa bagi korang naik kolej,maka naiklah biro
disipilin.Perghhh garang nak mapuih.Senyap sepi teruih dewan besar tu.Tapi okay
lagi.SISWI SEMUA DILEPASkan naik ke kolej pukul12.30 dan amanat daripada pm
“ESok pukul 4:30 semua
dah ada kat bawah”
HAri kedua
Tak
adanya semua turun tepat pukul 4:30.Tapi aku awal ja turun sebelum 4:30 sebab
malam tuh bukan boleh tidur sangat pon…kira mata boleh bekerjasama lagi
lahh.Hahhaha .Selesai solat subuh kitaorang
breakfast.cerita pasal makan nii
kasi tepukan gemuruh sikit bagi pmds sekalian yg ajar kita orang mkan dlam masa
5 minit.Telan teruih .SEKALI kena tinggi suara maka cepatla makan .Tapi ada
jugak certain time memang nasi tak habis sekali dengan lauk dy hahaha.la lauk sedap tapi apakan daya masa
mencemburui kita.
Macam2 aktiviti kitaorang buat and dengar taklimat
so on.Tapi part paling best adalah dancing all over the world.Yang paling comel
bila abang2 pm menari tarian penguin n
gummy bear.Cute sangat wey.dengan dok pusing2 lagi .Lentok badan pon lembut jaa.Dan
lagu yang paling suka adalah darah muda dan bang bang bang.
HARI last semua PMDS BERbaik hati bagi kitaorang
tidur lepas subuh kat dewan besar untuk siswa dan pusat islam bagi siswi.Apa
lagi tumbang beramai2 la semua sebab memang penat sangat dan x cukup tidur
sampai kat dewan tersenguk2 tak ingat dunia dah.
So conclusion MDS terbaik !!!!!!! Memang kena denda tapi semuanya kenangan yang
indah.PMDS want the best for us.Memory will always in our heart.
Pantas siswi!!!!
Jalan berdua2 siswi !!!
Saya bagi 5 minit untuk kamu makan .
Antara yang kitaorang buat dalam 5 hari MDS ini
adalah
1) Taklimat
Yang
ni sudah pastilakan .Nama pun orientasi.MAcam2 taklimat ada dari PTPTN ,Hal
ehwal akademik,kolej dan sebagainya.Tapi tak gempak la kan klau masa taklimat
tak tidoq.Hahah .Memang confirm punya sebab malam korang boleh tidur dlam sejam
lebih jaaa.
2) Makan
Pasal
makan jangan risau untuk mds nihh.Ditaja sepenuhnya sebanyak empat kali sehari
(breakfast ,lunch,dinner and supper).LAuk semua in sha Allah semua sedap tapi
mungkin nikmat makan tu tak a da wey.Kena rushing makan wey.Pantas siswi!!!!!!!
3) Sukan
Aktiviti riadah pon ada.Tapi tak
semua yang terlibat .Yang hanya terlibat adalah pelajar yang pernah mewakili
bola jaring di sekolah dahulu dan kitaorang jadi tukang sorak jaaa.HaAhahha
4) Tidoq
Keselesaan
nak tidur memag okayh.Tapi satu fakta uitm pp asrama memang ada
Charlie.Perempuan takdak kes lagi kena kos asrama kitaorang macam ada jaring
lah nak halang benda tu masuk.laki rasanya da yang kena.Sakit memang sakit lah
dulu dh pernah kena masa kat hostel.Bangun lambat pon pernah haha sampai pagi
tu aku tak mandi.Kui kui.
5) Menari
Nih
aktiviti yang paling best.MAcam2 lagu kita orang nyanyi dan menari.Contoh lagu
penguin,gummybear,darah muda,baby,bang bang dan banyak lagi.YEahhhh.Tq biro
sukannn.
Last word from ayu MDS terbaik and wish me luck for the class next
week because this week we are on holiday for Hari Gawai .
MDS UITMPP THE BEST .